Saturday, January 9, 2010

Usrati Ya Habibati (Masa Bersama Isteri dan Anak-Anak)

Isteri dan anak-anak adalah anugerah Allah yang mesti dihargai dan disyukuri kurniaannya. Isteri dan anak-anak mesti dididik oleh suami mencakupi soal agama dan kerohanian sehinggalah dalam aspek kehidupan sosial. Institusi perkahwinan yang kita bina menuntut kita menjalani kehidupan berkeluarga menurut syariat dan kehendak yang digariskan oleh Islam.

Para suami akan dipertanggungjawabkan seandainya isteri dan anak-anak terabai dari sudut pendidikan agama dan tanggungan nafkah kehidupan sama ada zahir atau pun batin. Maka para suami sedarilah tanggungjawab anda dalam memastikan kehidupan rumahtangga anda menepati kehendak yang digariskan oleh Islam, agar anda bersama isteri dan anak-anak beroleh kebahagiaan hakiki dunia dan akhirat.

Hadith Rasulullah s.a.w ada menyebut tentang peranan suami dalam keluarga :

Al-Aswad bin Yazid berkata, aku bertanya kepada Aishah r.a, “Apakah yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. di rumahnya? Aishah menjawab” Beliau membuat tugas keluarganya, iaitu membantu kerja keluarganya, maka apabila masuk waktu sembahyang beliau pun keluar untuk bersembahyang”. (Riwayat Al-Bukhari )

Pemimpin yang baik ialah mereka yang dapat melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga (rumah tangga) dan negara dengan baik dan sempurna. Keluarga yang bahagia akan terhasil apabila suami dan isteri dapat melaksanakan tugas dan peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab dan saling membantu dalam urusan harian tanpa mengabaikan kewajipan kepada Allah S.W.T. Maka natijahnya dari sini akan lahirlah keluarga dan anak-anak yang soleh dan solehah....amin..

Inilah keluarga bahagia saya.....


Isteri tersayang dan puteri yang cantik.....





Kenangan keluarga di kampung halaman berhari raya Qurban 1431H




Keletah puteri tersayang...

No comments:

Post a Comment