Tuesday, January 19, 2010

Kelas Taranum Ustaz Nik Azizan Nik Jaafar

Ustaz Nik Azizan Nik Jaafar telah mengadakan kelas Tilawah Al Quran dan Taranum bertempat di pejabat Takaful Ikhlas, Sri Gombak bermula 7 Januari 2010. Kelas ini memberi penekanan kepada asas bacaan taranum secara berharakat, dimana penekanan kepada teknik kawalan nafas utuk memastikan nafas lebih panjang, lebih selesa, alunan harakat menjadi sempurna dan menarik dan menepati hukum waqaf dan ibtida'. Di samping itu juga, penekanan juga diberikan kepada memperbaiki suara (tahsin as sout) yang merangkumi di dalamnya tajwid, tartil dan taranum di dalamnya. Setiap peserta perlu mengenalpasti sama ada suara mereka menepati nada, memiliki suara tinggi dan suara rendah. Melalui cara ini, suara kita dapat dikategorikan sama ada berada pada tahap sangat baik, baik, kurang baik dan tidak baik.

Perkara-perkara di atas adalah merupakan antara kurikulum yang terkandung dalam bacaan Al Quran secara bertaranum untuk memastikan lagu taranum dapat dialunkan dengan lancar dan tepat mengikut lagunya sama ada Baiyati, Nahwand, Soba' dan sebagainya. Semoga dengan mahirnya kita tentang ilmu taranum ini akan meningkatkan lagi minat dan kecenderungan kita membaca dan mendalami mukjizat Allah yang Maha Agung ini.

Sama-sama kita berkongsi ilmu yang diperolehi semasa di kelas tersebut dalam bentuk video clip dan sound klip untuk latihan kawalan nafas dan tahsin as sout.

Video Tahsin as Sout


Latihan Suara Harakat 1
Latihan Pemanasan Suara.wma

Latihan pemanasan suara seterusnya akan menyusul....tunggu...


No comments:

Post a Comment