Saturday, September 12, 2009

KDP 14 Minggu(IPIS)

Kursus Dalam Perkhidmatan( KDP 14 Minggu)
Institut Perguruan Islam, Bangi

Tugasan Komponen A( Guru dan Dasar Negara)

Puan A, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah telah berkhidmat selama empat tahun. Beliau lewat menerima tawaran pelantikan pertama berbanding dengan rakan-rakannya yang gagal Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) menyebabkan pengesahan jawatannya tertangguh. Sebelum mengikut latihan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI), beliau berkhidmat sebagai Pegawai Pembantu Tadbir N17.

Jelaskan implikasi terhadap pelantikan kali pertama, tempoh percubaan, pengesahan dalam jawatan dan kemasukan dalam jawatan berpencen berdasarkan Perintah Am Bab A dan P.U.(A) 176 bertarikh 1 Mei 2005.

Implikasi Terhadap Pelantikan Kali Pertama

Seseorang pegawai yang sedang berkhidmat boleh dilantik ke suatu jawatan dalam skim perkhidmatan yang lain jika pegawai itu mematuhi syarat yang dikehendaki oleh skim perkhidmatan yang lain itu.

(1) Seseorang pegawai yang telah disahkan dalam skim perkhidmatan terdahulunya sebelum dilantik ke dalam skim perkhidmatan yang lain boleh dibenarkan oleh Suruhanjaya untuk kembali ke dalam skim perkhidmatan terdahulunya apabila gagal untuk disahkan ke dalam skim perkhidmatan yang lain itu.

(2) Walau apa pun subperaturan (1), Suruhanjaya boleh membenarkan pegawai itu kembali ke dalam skim perkhidmatan terdahulunya dalam tempoh tiga tahun dari tarikh kuat kuasa pelantikannya ke dalam skim perkhidmatan yang lain itu jika:

(a) Ada kekosongan jawatan dalam skim perkhidmatan terdahulu pegawai itu;
(b) Kegagalan pegawai itu untuk disahkan bukanlah atas sebab kelakuannya
yang tidak memuaskan; dan
(c) Persetujuan Ketua Perkhidmatan yang berkenaan diperoleh.

(3) Bagi maksud subperaturan (1), pegawai itu hendaklah diberikan matagaji yang sama dengan yang diterimanya sehari sebelum tarikh pegawai itu dilantik ke dalam skim perkhidmatan yang lain itu.

Puan A, seorang pegawai yang sedang berkhidmat boleh dilantik ke suatu jawatan dalam skim perkhidmatan yang lain jika ia mematuhi syarat yang dikehendaki oleh skim perkhidmatan yang lain itu. Sekiranya beliau telah disahkan dalam skim perkhidmatan terdahulunya sebelum dilantik ke dalam skim perkhidmatan yang lain boleh dibenarkan oleh Suruhanjaya untuk kembali ke dalam skim perkhidmatan terdahulunya apabila gagal untuk disahkan ke dalam skim perkhidmatan yang lain itu.
Walau bagaimana pun Puan A tidak dibenarkan kembali ke dalam skim perkhidmatan terdahulunya kerana tempoh perkhidmatan beliau di dalam skim sekarang telah melebihi 3 tahun.
Di dalam kes ini, implikasi terhadap perlantikan kali pertama Puan A di dalam skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah bergantung kepada pengesahan jawatan beliau di dalam skim tersebut. Sekiranya Puan A masih gagal disahkan setelah berakhir tempoh percubaan selama tiga tahun, maka Suruhanjaya boleh melanjutkan tempoh percubaan Puan A tidak melebihi dua tahun. Walau bagaimana pun Suruhanjaya boleh dalam hal keadaan khas melanjutkan tempoh percubaan melebihi dua tahun jika difikirkannya patut.Sekiranya berlaku sebaliknya, Suruhanjaya tidak berpuas hati dengan alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Puan A, ia akan ditamatkan perkhidmatan di dalam skim tersebut.

Tempoh percubaan
(1) Seseorang pegawai yang dilantik ke dalam perkhidmatan awam dikehendaki berkhidmat dalam percubaan bagi tempoh satu hingga tiga tahun.

(2) Walau apa pun subperaturan (1), Suruhanjaya boleh, dalam hal keadaan khas, memendekkan tempoh percubaan seseorang pegawai atau mengecualikan seseorang pegawai daripada tempoh percubaan

(3) Suruhanjaya boleh melanjutkan tempoh percubaan seseorang pegawai sama ada dengan atau tanpa denda.

(4) Seseorang pegawai yang tidak disahkan dalam perkhidmatannya dalamtempoh yang ditetapkan hendaklah mengemukakan suatu permohonan bagi pelanjutan tempoh percubaannya kepada Suruhanjaya melalui Ketua Jabatannyadalam tempoh tiga bulan selepas tamat tempoh percubaannya.

(5) Ketua Jabatan hendaklah dengan segera memperakukan permohonanpelanjutan tempoh percubaan pegawai itu yang dibuat mengikut subperaturan(6) kepada Suruhanjaya.

(6) Bagi maksud subperaturan (5), Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan
permohonan itu dalam borang yang dinyatakan dalam Jadual Keempat, menyatakan
butir-butir seperti yang berikut:

(a) Sebab pegawai itu tidak disahkan;
(b) Syor Ketua Jabatan sama ada pelanjutan tempoh percubaan patut diberi atau tidak, dan jika patut diberi, sama ada dengan atau tanpa denda;
(c) Maklumat perkhidmatan pegawai yang dikemas kini; dan
(d) Senarai peperiksaan, jika ada, yang telah diduduki oleh pegawai itu, tarikh dan keputusan peperiksaan itu.

(7) Suruhanjaya akan hanya meluluskan pelanjutan tempoh percubaan yang diperakukan mengikut subperaturan (5) dan (6) jika ada alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa pegawai itu berupaya mematuhi syarat-syarat bagi pengesahan semasa tempoh pelanjutan yang dipohon itu dan Ketua Jabatanmengesyorkan bahawa tempoh percubaan pegawai itu patut dilanjutkan.

(8) Tempoh percubaan seseorang pegawai hanya boleh dilanjutkan tidak melebihi dua tahun, tetapi Suruhanjaya boleh dalam hal keadaan khas melanjutkan tempoh percubaan melebihi dua tahun jika difikirkannya patut.

(9) Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya berkenaan dengan permohonan pelanjutan tempoh percubaan seseorang pegawai hendaklah disampaikan kepada pegawai itu oleh Suruhanjaya dalam tempoh satu bulan dari tarikh keputusan itu.

Dalam kes ini, Puan A gagal untuk disahkan jawatan walaupun telah melebihi tempoh percubaan, berkhidmat selama selama 4 tahun. Beliau gagal untuk disahkan jawatan kerana beliau lewat menerima tawaran pelantikan pertama dan gagal Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM).

Bila keadaan ini, Suruhanjaya boleh melanjutkan tempoh percubaan Puan A sama ada dengan atau tanpa denda. Puan A hendaklah mengemukakan suatu permohonan bagi pelanjutan tempoh percubaannya kepada Suruhanjaya melalui Ketua Jabatannya dalam tempoh tiga bulan selepas tamat tempoh percubaannya.

Ketua Jabatan Puan A hendaklah dengan segera memperakukan permohonan pelanjutan tempoh percubaan pegawai itu yang dibuat mengikut subperaturan kepada Suruhanjaya.

Bagi maksud subperaturan, Ketua Jabatan Puan A hendaklah mengemukakan permohonan itu dalam borang yang dinyatakan dalam Jadual Keempat, menyatakan butir-butir seperti yang berikut:

(a) Sebab pegawai itu tidak disahkan;
(b) Syor Ketua Jabatan sama ada pelanjutan tempoh percubaan patut diberi
atau tidak, dan jika patut diberi, sama ada dengan atau tanpa denda;
(c) Maklumat perkhidmatan pegawai yang dikemas kini; dan
(d) Senarai peperiksaan, jika ada, yang telah diduduki oleh pegawai itu,
tarikh dan keputusan peperiksaan itu.

Suruhanjaya akan hanya meluluskan pelanjutan tempoh percubaan yang diperakukan mengikut subperaturan jika ada alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa Puan A berupaya mematuhi syarat-syarat bagi pengesahan semasa tempoh pelanjutan yang dipohon itu dan Ketua Jabatan mengesyorkan bahawa tempoh percubaan Puan A patut dilanjutkan.

Tempoh percubaan seseorang pegawai hanya boleh dilanjutkan tidak melebihi dua tahun, tetapi Suruhanjaya boleh dalam hal keadaan khas melanjutkan tempoh percubaan melebihi dua tahun jika difikirkannya patut.

Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya berkenaan dengan permohonan pelanjutan tempoh percubaan seseorang pegawai hendaklah disampaikan kepada pegawai itu oleh Suruhanjaya dalam tempoh satu bulandari tarikh keputusan itu.

Syarat Pengesahan

(1) Seseorang pegawai dalam percubaan yang telah memenuhi semua syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan atau apa-apa syarat lain yang boleh ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong dari semasa ke semasa,adalah layakbagi pengesahan dalam perkhidmatannya.

(2) Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan kepada Suruhanjaya perakuan dalam borang yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga bagi pengesahan seseorang pegawai di bawah kawalannya dalam tempoh satu bulan dari tarikh pegawai itu didapati layak bagi pengesahan.

(3) Jika Ketua Jabatan gagal mengemukakan perakuan bagi pengesahan seseorang pegawai mengikut subperaturan (2), pegawai itu boleh memohon kepada Suruhanjaya untuk disahkan dan suatu salinan permohonan itu hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan. (4) Setelah menerima permohonan di bawah subperaturan (3), Suruhanjaya boleh menjalankan suatu siasatan dan apabila selesai siasatan itu mengesahkan pegawai itu jika Suruhanjaya mendapati pegawai itu layak bagi pengesahan.

Sekiranya seorang pegawai disahkan setelah berakhir tempoh percubaan:

(5)suruhanjaya boleh melanjutkan tempoh percubaan seseorang pegawai sama ada dengan atau tanpa denda.

(6) Seseorang pegawai yang tidak disahkan dalam perkhidmatannya dalam
tempoh yang ditetapkan hendaklah mengemukakan suatu permohonan bagi pelanjutan tempoh percubaannya kepada Suruhanjaya melalui Ketua Jabatannya
dalam tempoh tiga bulan selepas tamat tempoh percubaannya.

(7) Ketua Jabatan hendaklah dengan segera memperakukan permohonan pelanjutan tempoh percubaan pegawai itu yang dibuat mengikut subperaturan(6) kepada Suruhanjaya.

(8) Bagi maksud subperaturan (7), Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan
permohonan itu dalam borang yang dinyatakan dalam Jadual Keempat, menyatakan
butir-butir seperti yang berikut:

(a) Sebab pegawai itu tidak disahkan;
(b) Syor Ketua Jabatan sama ada pelanjutan tempoh percubaan patut diberi
atau tidak, dan jika patut diberi, sama ada dengan atau tanpa denda;
(c) Maklumat perkhidmatan pegawai yang dikemas kini; dan
(d) senarai peperiksaan, jika ada, yang telah diduduki oleh pegawai itu,
tarikh dan keputusan peperiksaan itu.

(9) Suruhanjaya akan hanya meluluskan pelanjutan tempoh percubaan yang diperakukan mengikut subperaturan (7) dan (8) jika ada alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa pegawai itu berupaya mematuhi syarat-syarat bagi pengesahan semasa tempoh pelanjutan yang dipohon itu dan Ketua Jabatan mengesyorkan bahawa tempoh percubaan pegawai itu patut dilanjutkan.

(10) Tempoh percubaan seseorang pegawai hanya boleh dilanjutkan tidak melebihi dua tahun, tetapi Suruhanjaya boleh dalam hal keadaan khas melanjutkan tempoh percubaan melebihi dua tahun jika difikirkannya patut.

(11) Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya berkenaan dengan permohonan pelanjutan tempoh percubaan seseorang pegawai hendaklah disampaikan kepada pegawai itu oleh Suruhanjaya dalam tempoh satu bulan

Dalam kes ini, Puan A gagal untuk disahkan jawatan walaupun telah berkhidmat selama selama 4 tahun. Beliau gagal untuk disahkan jawatan kerana beliau lewat menerima tawaran pelantikan pertama dan gagal Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM).

Bila keadaan ini, Suruhanjaya boleh melanjutkan tempoh percubaan Puan A sama ada dengan atau tanpa denda. Puan A hendaklah mengemukakan suatu permohonan bagi pelanjutan tempoh percubaannya kepada Suruhanjaya melalui Ketua Jabatannya dalam tempoh tiga bulan selepas tamat tempoh percubaannya.

Ketua Jabatan Puan A hendaklah dengan segera memperakukan permohonan pelanjutan tempoh percubaan pegawai itu yang dibuat mengikut subperaturan kepada Suruhanjaya.

Bagi maksud subperaturan, Ketua Jabatan Puan A hendaklah mengemukakan permohonan itu dalam borang yang dinyatakan dalam Jadual Keempat, menyatakan butir-butir seperti yang berikut:

(a) Sebab pegawai itu tidak disahkan;
(b) Syor Ketua Jabatan sama ada pelanjutan tempoh percubaan patut diberi
atau tidak, dan jika patut diberi, sama ada dengan atau tanpa denda;
(c) Maklumat perkhidmatan pegawai yang dikemas kini; dan
(d) senarai peperiksaan, jika ada, yang telah diduduki oleh pegawai itu,
tarikh dan keputusan peperiksaan itu.

Tarikh pengesahan dalam perkhidmatan Puan A apabila menyelesaikan tempoh percubaan asalnya atau yang dilanjutkan adalah pada hari pertama selepas tarikh Puan A mematuhi semua syarat yang ditetapkan.

Puan A masih dianggap berada dalam percubaan sehingga beliau telah disahkan oleh Suruhanjaya, walaupun pegawai itu telah mematuhi semua syarat yang ditetapkan bagi pengesahan itu. Seseorang pegawai yang tidak memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mengikut peraturan 35 layak diberi taraf berpencen mengikut undang-undang pencen. Apabila seseorang pegawai menjadi layak untuk diberi taraf berpencen, Ketua Jabatan pegawai itu hendaklah mengemukakan perakuannya, dalam borang yang dinyatakan dalam Jadual Keenam, kepada Suruhanjaya, berserta dengan borang yang dinyatakan dalam Jadual Kelima yang telah ditandatangani sewajarnya oleh pegawai itu. Dalam kes ini Puan A telah pun disahkan jawatan dan berpencen, semasa beliau berkhidmat sebagai Pegawai Pembantu Tadbir N17. Apabila beliau telah dilantik ke suatu jawatan dalam skim perkhidmatan yang lain, beliau masih berpegang dengan status berpencen. Beliau telah berpegang dengan status berpencen, cuma belum disahkan di dalam skim perkhidmatan yang baru.

1 comment:

  1. ASLM, saya adalah bekas penjawat awam negeri, penamatan perkhidmatan saya pada 2010 disebabkan tidak lulus 1 subjek daripada 4 peperiksaan selama 3 tahun. walaubagaimanapun terdapat kesilapan pada satu sesi peperiksaan yang mana saya telah memohon tetapi pihak mendaftar lewat menerima surat menyebabkan saya tidak dapat menduduki ujian tersebut. walaupun saya sekarang sudah diberhentikan, apakah ada ruang untuk saya membuat sebarang rayuan semula? terima kasih

    ReplyDelete