Anjuran Bahagian Pendidikan Islam, KPM di bawah kelolaan JPNWP Kuala Lumpur
Berita Tilawah Al Quran dan Tarannum kembali lagi...lama betul blog ini tidak di update, entah apa gerangan sibuknya diri yang tak seberapa ini menyebabkan laman ini begitu lama terbengkalai. Baru-baru ini penulis telah mengikuti satu Kursus atau Bengkel Tahsin Al Quran kelolaan JPNWP Kuala Lumpur bertempat di Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur (SMAKL). Kursus ini berlangsung selama dua hari iaitu pada 2-3 Nov 2010 yang lalu melibatkan hampir 30 orang Guru Pendidikan Islam dan j-QAF dari sekolah menengah dan rendah sekitar Kuala Lumpur. Kursus selama dua hari ini menyentuh berkenaan metodologi dan pedagogi bacaan Al Quran mengikut sifat bacaan Rasulullah yang perlu dicontohi dan diteladani oleh sesiapa sahaja yang merasakan dirinya sebagai umat Islam. Ini adalah kerana bacaan Rasulullah merupakan bacaan yang paling sempurna (tartil) sebagaimana firman Allah Ta'ala dalam Surah al Muzammil ayat 4 yang bermaksud : Bacalah Al Quran itu secara tartil (sempurna makhraj dan sifat huruf serta tajwidnya).
Antara perkongsian Ilmu yang dicurahkan oleh tenaga berpengalaman seperti Ustaz Abd Somad Din dari Sk St. John, Ustaz Hashim Harun (Pensyarah IPIS) dan juga Ustaz Mujahidin dari SMAKL ialah berkaitan tajuk-tajuk seperti Sifat Bacaan Rasulullah dan Perbezaan Riwayat Hafs 'An 'Asim mengikut Thoriq Syatibi dan Al Jazari, Pengenalan Suara dan Tarannum, Sejarah Tarannum Al Quran serta Tahsin Tilawah Al Quran. Peserta juga dapat mempraktiskan bacaan mengikut kaedah dalam Thoriq Syatibi dan Al Jazari serta mengetahui khilaf yang terdapat dalam bacaan-bacaan tersebut.
Dan yang paling menarik minat ialah alunan tarannum yang dibimbing oleh Ustaz Mujahidin dari SMAKL telah membangkitkan dan menyegarkan semula apa yang telah dipelajari penulis ketika di IPIS dulu yang hampir berkarat..dikongsikan di sini aluanan tarannum Surah As Syams bersama-sama Ustaz Mujahidin..semoga memberi manafaat dan ilmu untuk semua pengunjung blog ini jika ada. Terima kasih tidah terhingga kepada BPI, JPNWP dan Jurulatih-Jurulatih Utama yang mengendalikan kursus ini. Jazakaullahu Khairan Kathira.
Pengunjung juga boleh save atau download bahan kursus yang dipaparkan di sini..

Video Taranum Bayati Surah As Syams
No comments:
Post a Comment